Kesenangan yang Tertangguh

Kekayaan adalah impian bagi setiap orang. Impian untuk memenuhi kehendak memiliki pelbagai kesenangan hidup seperti kereta besar, rumah besar dan gajet terkini merupakan matlamat hidup bagi semua orang. Kadang kala kemewahan ini di salah tafsir menjadi seperti ianya sebagai gaya hidup.

Awas bila anda tergolong dalam golongan ini kerana rata rata anak muda menganggap mereka tidak boleh lari dari kepompong gaya hidup kini. Mereka perlu turut serta menjadi sebahagian dari masyarakat yang moden dan terkini. Tapi saya nampak ini kesilapan sebenar dalam perancangan kewangan anak muda. Mungkin kehidupan mereka yang berada di kalangan kelompk manusia yang terburu buru dalam menaik taraf hidup mereka ini menjadi kanser dalam perancangan kewangan mereka.

 

Menangguh kesenangan

 

Konsep awal yang harus menjadi teras dalam perancangan kewangan adalah displin. Displin dalam menyimpan wang yang anda terima dahulu, kemudian bakinya baru sesuai untuk dibelanjakan. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel saya tentang menyimpan secara efektif, simpan pada kadar 10% sebagai permulaan untuk mendidik anda menyimpan.

 

Artikel : Bagaimana hendak MENYIMPAN dengan EFEKTIF

 

Dengan menyimpan, anda akan mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan untuk memulakan perniagaan atau pelaburan yang anda rancang. Biarkan RM1,000 anda bekerja untuk mendapatkan RM10,000 anda yang pertama dan seterusnya RM100,000 dan RM1,000,000. Jika anda tidak menangguh kesenangan anda dan terus membelanjakan RM1,000 untuk barang seperti gajet ataupun telefon, anda pastinya akan rugi pada masa hadapan.

 

Pastikan matlamat anda jelas tentang nilai duit yang anda mahu kumpul, bila anda perlu mencapai nilai duit itu, bagaimana anda nak capai duit itu dan apa yang anda hendak buat dengan duit itu. Dengan ini anda dalam jalan yang betul dalam merancang kewangan anda. Menangguh kekayaan akan menjamin masa depan yang lebih cerah.

Bagaimana hendak MENYIMPAN dengan EFEKTIF

Biasa kita waktu kecil-kecil dulu diajar untuk menyimpan baki duit belanja sekolah ke dalam tabung. Ingat lagi pada waktu dulu macam macam jenis dan bentuk tabung yang digunakan untuk tujuan menyimpan ini. Rasa nya paling fames dahulu adalah tabung bentuk unta atau bentuk tabung haji. Sungguh seronok menyimpan duit ketika kecil dulu, terutamanya bila sampai masa untuk dibuka tabung dan untuk dibawa simpan ke bank.

 

 

Walaubagaimanapun, amalan ini terbawa bawa sehingga kita meningkat dewasa. Kita beranggapan bahawa amalan kewangan yang betul adalah dengan cara mengasingkan baki belanja untuk simpanan. Maaf kerana saya terpaksa beritahu bahawa cara anda itu salah. Benar bahawa sejak dari kecil amalan tersebut boleh dikatakan berkesan, kerana waktu itu kita tak banyak tanggungan dan perkara untuk difikirkan. Tapi langkah penyimpanan tersebut sama sekali tidak betul dan perlu dibaiki segera

 

Bagaimana cara penyimpanan dui yang patut saya buat?

 

Senang sahaja, rancang perbelanjaan dan asing kan duit untuk simpanan sejak dari awal lagi. Contohnya sebaik sahaja anda telah dapat gaji, asingkan siap siap akan nilai duit untuk anda simpan. Anda kena pastikan bahawa displin anda cukup tinggi untuk mengasingkan nilai tersebut dan pastikan anda dapat mengelakkan dari menggunakan duit tersebut bagi perkara yang tidak perlu. Menyimpan dapat mendidik diri kita untuk berdisplin kerana ia adalah sifat paling wajib bagi orang yang ingin berjaya dalam membuat pelaburan mahupun dalam kehidupan.

 

Menyimpan duit adalah amat penting kerana tanpa menyimpan duit, kita hampir pasti tidak dapat melakukan pelaburan mahupun mempunyai pelan wang kecemasan sekiranya apa apa perkara yang berlaku kelak.

 

Berapa nilai MINIMUM yang saya perlu simpan?

 

Tidak perlu banyak sampai setengah gaji anda di dedikasikan untuk menyimpan. Anda masih perlu untuk menggunakan duit itu sebagai belanja harian anda sendiri. Ramai pakar kewangan mencadangkan menyimpan pada kadar 10% atau 15% atau 30%. Pada kadar ini nilai simpanan anda akan bertambah dari semasa ke semasa.

 

Akan tetapi jika masih berasa susah sebagai permulaan, mulakan dengan menyimpan cukup sekadar RM50 sebagai tapak permulaan. Amalkan menyimpan RM50 selama setahun. Kemudian tambah lagi nilai simpanan. Yang penting anda displin dalam menyimpan. Islam juga ada mengajar bahawa amalan yang baik adalah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqarah).

 

Mana saya nak simpan duit?

 

Tidak perlu risau pasal menyimpan duit di mana. Anda boleh mulakan dengan hanya menyimpan dalam akaun simpanan anda di bank. Ia mudah di akses oleh anda pada ketika waktu kecemasan.

 

 

Walaubagaimanapun, pelajari mengenai pelaburan, cara untuk menambah pendapatan anda menggunakan kemudahan yang ada. Pelajari akan Kuasa Compunding Interest dalam pelaburan. Bagaimana kita boleh menambah pendapatan kita dengan menyimpan dan terus menyimpan. Contohnya seperti menggunakan pelaburan ASB mahupun simpanan di akaun Tabung Haji sebagai pilihan anda. Berikut adalah antara pilihan pelaburan dengan risiko yang rendah.

 

Oleh itu, mulakan sekarang untuk menyimpan. lebih cepat dan lebih banyak anda simpan, lebih banyak peluang pelaburan anda boleh terokai.

Kelompok kewangan graduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Syukur alhamdulillah dengan kelahiran blog ini saya akan share dengan para graduan semua tentang perihal kewangan dalam kehidupan seharian. Ilmu yang tak dapat diperoleh menggunakan medium pembelajaran yang formal. Tetapi ia penting untuk para graduan atau sesiapa sahaja untuk ikuti.

 

Blog saya ini bukan sahaja akan mengandungi penulisan dari saya malah saya akan turut share ‘post’ dari pakar kewangan yang terdapat di luar sana. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua