Kesenangan yang Tertangguh

Kekayaan adalah impian bagi setiap orang. Impian untuk memenuhi kehendak memiliki pelbagai kesenangan hidup seperti kereta besar, rumah besar dan gajet terkini merupakan matlamat hidup bagi semua orang. Kadang kala kemewahan ini di salah tafsir menjadi seperti ianya sebagai gaya hidup.

Awas bila anda tergolong dalam golongan ini kerana rata rata anak muda menganggap mereka tidak boleh lari dari kepompong gaya hidup kini. Mereka perlu turut serta menjadi sebahagian dari masyarakat yang moden dan terkini. Tapi saya nampak ini kesilapan sebenar dalam perancangan kewangan anak muda. Mungkin kehidupan mereka yang berada di kalangan kelompk manusia yang terburu buru dalam menaik taraf hidup mereka ini menjadi kanser dalam perancangan kewangan mereka.

 

Menangguh kesenangan

 

Konsep awal yang harus menjadi teras dalam perancangan kewangan adalah displin. Displin dalam menyimpan wang yang anda terima dahulu, kemudian bakinya baru sesuai untuk dibelanjakan. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel saya tentang menyimpan secara efektif, simpan pada kadar 10% sebagai permulaan untuk mendidik anda menyimpan.

 

Artikel : Bagaimana hendak MENYIMPAN dengan EFEKTIF

 

Dengan menyimpan, anda akan mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan untuk memulakan perniagaan atau pelaburan yang anda rancang. Biarkan RM1,000 anda bekerja untuk mendapatkan RM10,000 anda yang pertama dan seterusnya RM100,000 dan RM1,000,000. Jika anda tidak menangguh kesenangan anda dan terus membelanjakan RM1,000 untuk barang seperti gajet ataupun telefon, anda pastinya akan rugi pada masa hadapan.

 

Pastikan matlamat anda jelas tentang nilai duit yang anda mahu kumpul, bila anda perlu mencapai nilai duit itu, bagaimana anda nak capai duit itu dan apa yang anda hendak buat dengan duit itu. Dengan ini anda dalam jalan yang betul dalam merancang kewangan anda. Menangguh kekayaan akan menjamin masa depan yang lebih cerah.